Sebut Harga Ini Adalah Dipelawa Kepada Syarikat-Syarikat Yang Berpengalaman Dan Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Di Bawah Kod Bidang 221008 Bagi Perkhidmatan Perawatan Dan Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Untuk Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Roshukm), Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Tidak Terikat Untuk Menerima Mana-Mana Sebut Harga. Dokumen Sebut Harga Boleh Didapati Sistem Ep@Ukm (Www.Ukm.Perolehan.Com.My) Dengan Bayaran Sebanyak Rm 30.00. Sekiranya Syarikat Belum Berdaftar Dengan Sistem Ep@Ukm, Syarikat Disarankan Untuk Berdaftar Terlebih Dahulu Di Sistem Ep@Ukm. Bayaran Hendaklah Dibuat Secara Pindahan Atas Talian Melalui Akaun Bank Cimb Universiti Kebangsaan Malaysia 80-0223430-7. Bayaran Ini Tidak Akan Dikembalikan. Syarikat Perlu Melampirkan Bukti Pembayaran Dengan Menyatakan Nama Syarikat Melalui Emel Dan Di Alamatkan Ke Nay@Ukm.Edu.My. Syarikat Juga Boleh Melayari Laman Web Ukm Di Alamat Http://Www.Ukm.My/Etender Dan Http://Myprocurement.Treasury.Gov.My Untuk Maklumat Lanjut. Sila Kemukakan Satu Set Salinan Sijil Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Dalam Kod Bidang Seperti Di Atas Dan Sijil Taraf Bumiputera (Jika Ada) Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Kewangan Malaysia Dan Menyerahkan Satu Salinan Sijil Berkenaan Bersama Emel Bukti Pembayaran. (EXPIRED)